BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

STARBUCKS TIDAK HALAL? KOMEN SIKIT?

Hello!
Anyeonghaseyo!
.
.
.
Hurmph....Dah lama Ika dengar orang cakap STARBUCKS tak halal. Tapi Ika masih tak tahu sama ada ia nya BENAR atau TIDAK. Pendapat anda? Oke,tengah-tengah aku menyiasat (cey!menyiasat tu),aku tertarik dengan satu article ni, "Dimana Kebenarannya..Starbucks Halal ke Haram?" Emmm...bila aku baca je article tuh,aku baru tahu yang STARBUCKS tu haram, Tapi pendapat anda bagaimana? hmmm...

(click kalau tak nampak dengan jelas)

lepas je aku terjumpa article tuh, aku bace bawah gambar tuh, dia ada tulis

"Yang nih bertarikh 31 /10/2010.. tahun lepas la.. kecoh kejap.. then naik pulak yang ni..

KUALA LUMPUR - Umat Islam tidak perlu keliru dengan penyebaran mel elektronik akhir-akhir ini berhubung status halal beberapa produk keluaran rangkaian kafe ternama, Starbucks.
Pengarah Bahagian Hub Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zainal Abidin Jaffar dalam e-mel kepada Kosmo! menjelaskan, siasatan mereka mendapati, dakwaan pihak tertentu itu tidak berasas.
"Ia disahkan sebagai halal dan apa yang berlaku merupakan kekeliruan di kalangan pengguna sahaja," katanya sebagai mengulas kiriman e-mel kononnya ia kenyataan Jakim mengesahkan status haram produk terbabit.
Kosmo! yang juga menerima e-mel itu dimaklumkan bahawa pelbagai produk syarikat berkenaan seperti coklat, vanila dan kopi didakwa mengandungi lemak babi selain sejenis arak, rum.
Mengulas lanjut, Zainal Abidin menambah, penggunaan bahan kimia dengan kod E471 atau mono di-glycefides dalam produk itu turut disahkan halal sebagai bahan tambahan makanan dibenarkan.
"Jakim sendiri membuat pemeriksaan terperinci dan ujian makmal untuk memastikan bahan itu mendapat pengesahan halal berasaskan kepada tumbuhan sahaja serta digunakan oleh kilang berdaftar dengan Jakim," tegasnya.
Beliau juga memaklumkan Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd. dan The Coffe Bean & Tea Leaf (Malaysia) Sdn. Bhd. masih memegang sijil halal dikeluarkan oleh Jakim yang tamat tempoh akhir tahun depan."
Apakah Pendapat Anda?

Info :-
Untuk pengetahuan umum, RM1 dari pembelian makanan atau minuman di STARBUCKS,ia akan disumbangkan ke AMARIKA untuk membeli alatan tentera untuk ISRAEL dan menyuruh mereka memusnahkan tanah islam di PALESTINE. So jika anda membeli makanan or minuman di STARBUCKS,ianya seolah-olah kita membantu ISRAEL memusnahkan tanah islam kita :)
Harap Maklum.... :D

p/s: Jika siapa-siapa yang tak puaz hati dengan post aku ini, Aku tak nak gadoh2 dengan korang, aku just nak cakap 1 benda... "Ada Aku Kisah?" :)

Fries ! =D


Pagi tadi aku bangun pukul berape entah..bangun2 aku online sekejap....pastu aku g mandi
Lepas mandi tuh...aku pergi cari makanan...sekali 1 lauk pon xde kat dapor....memang aku kebulor gile2 mase tuh...aku terus kejut mak aku and cakap macam ni

Aku: ma....x masak ke?
Mama: Bee hoon kat dapur kan ade,,,,habis da ke?
Aku: Habis dah la...ee makan sampai habis
Mama: Makan je la ape kat dapo tu roti ke....

then aku blah...pastu mak aku panggil semula aku

Mama: Fries kan ade...masak la fries
Aku: Ok


Dengan segere aku ke dapur n then aku bawak kluar fries dari fridge ...
n then sediakan minyak panas...hahaha
Masak first masak tuh...aku letak satu2 sebab takut minyak melecik....hahaha
pastu aku debor sangat..aku amek mangkuk pastu letak fries yg belum dimasak kat dalam 2...n then bubuh lam minyak panas....hahaha....1st masak 2,,,garing gilew...pastu aku suh mak aku try...naseb dye cakap oke

Then aku pon pergi dapor semula nak sambung masak...tengah2 tabor garam dekat fries yang dah masak...mak aku datang tolong...heee~ 

lama jugak la aku masak...lepas masak..aku wat jus oren..hihi...FRIES + ORANGE JUICE terbaik derrr!!.
k la sampai cni je cite aku harini

 
+

:D

 Bye!!


Jadi Orang Biasa Lebih Baik Dari Mahu "POPULAR"

Hey2!!! 
.
.
.
Korang nampak tak TITLE tu? JADI ORANG BIASA LEBIH BAIK DARI MAHU "POPULAR"
heee~ 
Aku dah lama pkir pasal ni....hari2 aku selalu nampak orang yang budget POPULAR kat sekolah(sape yang perasan,bukan masalah aku ok? haha)Mana tak nye bila aku nampak je muka dia mesti kenal(biar tak pon) Kadang2 tuh dia POPULAR pon sebab rapat dengan orang yang POPULAR jugak 
faham x? Sorry kalau x faham
Kalau popular ni perangai yang baik xpe jugak. Ni tak dah POPULAR tapi nak berlagak! MENYAMPAH AKU KAU TAHU TAK! LEBIH AKU PERGI KEDAI BUKU POPULAR DARI TENGOK MUKE KO...GEDIK!!! (x terlibat pon ngan dak2 SMK Rantau Petronas) :)

MENYAMPAH !

Aku rasa jadi budak biasa lagi best dari nak jadi POPULAR. Sebab ape tau...
sebab kalau POPULAR ni serabut kau tahu tak...sikit2 ade gossip ni gossip tuh... menambahkan dose je sape yang mengumpat tuh...yang dak POPULAR ni mule la nak beri keterangan yang menunjukkan dye x bersalah...mengalahkan artis malaysia jer.... n kalau cg adakan ape2 contoh macam FASHION SHOW or pape lah...yang dak POPULAR tuh mesti tergedik2 nak masuk..x beri dah peluang kat dak laen....berlagak lebih!!! eeeeeeeeee!!! Yang orang biase lak...terpaksa tahan dengan dorang...errrgghhh!!! Tak adil arrr gini
Mentang mentang POPULAR dy bole dapat ape yang dia nak arrr? Boifren orang sedap2 dy kebas...ambooiii banyak cantik muke dia....

dak POPULAR: memang aku cantik pon,,kau kisah ape! Tahu la kau jeles sebab muke ko HODOH!
dak biase: daaa! wat ape aku nak jeles,harap muke je cantik perangai macam siot...gi mampos arr ko!
dak POPULAR : .......

hahaha! jangan amek hati yer....sume 2 maen2 jer...lol...
k la...suke sorang aku bace post aku nih....harap anda terhibur! :D
Assalamualaikum~



Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak! =D (ceramah cket)


Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral semata- mata. Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman:

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يُوحَى

Tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran dan al-Hadist) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [TMQ An-Najm (53): 3-4) ]

Dalam ayat di atas, Allah SWT secara tegas menjelaskan bahwa hawa nafsu dan wahyu saling berbeza. Hawa nafsu adalah segala bentuk dorongan yang berasal dari dalam diri manusia. Oleh karena itu, hawa nafsu tidak hanya terbatas pada aspek moral sahaja, melainkan meliputi seluruh dorongan ada dalam diri manusia yang terwujud dalam seluruh aktiviti. Sebaliknya, wahyu adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah saw. berupa perintah dan larangan. Wahyu ini yang harus mengendalikan hawa nafsu manusia. Jika hawa nafsu manusia tidak dibimbing wahyu, ia akan cenderung pada keburukan.

Oleh itu, ketika bulan Ramadhan dikatakan sebagai bulan menundukkan hawa nafsu, maka yang seharusnya terbayang dalam fikiran kita adalah kita mencampakkan dan membuang jauh-jauh seluruh aktiviti yang dilarang oleh Allah SWT. Selain kita meninggalkan aktiviti menyakiti orang lain, kita juga harus meninggalkan amalan-amalan apatah lagi mempropagandakan sekularisma, pluralisma, feminisma, kapitalisma, pornografi, dan fahaman- fahaman sesat lainnya; kita juga harus menghentikan kezaliman terhadap rakyat seperti menaikkan harga minyak yang sepatutnya hak rakyat ini diurus menurut hukum syarak; kita juga harus meninggalkan aktiviti menghalang atau bahkan memfitnah agama dan tajassus (memata-matai) serta menghalang pendakwah Islam.

Kita juga mesti berusaha untuk tidak melakukan transaksi riba, bermuamalah secara kapitalis, berpolitik Maciaveli, bernegara tanpa undang-undang yang dilandasi al-Quran dan Hadis, mempertahankan sistem aturan manusia, berinteraksi dalam masyarakat tanpa disandarkan kepada sistem sosial kemasyarakatan yang Islamik, serta menjalani seluruh kehidupan tanpa syariat Islam. Semua itu mesti kita tinggalkan sebagaimana kita berusaha untuk meninggalkan sifat iri, dengki, sombong, takabur dan seluruh sifat buruk lainnya.

Seterusnya kita harus mengiatkan diri dan bersemangat untuk bersama-sama, tolong- menolong, dan terlibat aktif dalam menjalankan dakwah; menyeru penguasa yang zalim untuk bersegera menerapkan syariat Islam; menyeru masyarakat untuk bersegera terikat dengan syariah, tetapi bukan sebaliknya. Rakyat dinasihati supaya sabar menghadapi kesulitan hidup, sementara penguasa yang menyebabkan kesulitan hidup rakyatnya malah dibiarkan. Ramadhan mewajibkan kaum Muslim terikat dengan aturan Allah SWT, sebagaimana firman-Nya:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي اْلآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Siapa saja yang menjadikan selain Islam sebagai dîn (agama, sistem hidup) maka tidak akan diterima apapun darinya serta dia di akhirat termasuk orang yang rugi. [TMQ Ali Imran (3): 85]
Allah SWT juga berfirman:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki. Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah? [QS al-Maidah (5): 50]

Dari dua ayat di atas tampak jelas bahwa kita diminta untuk berhukum pada apa saja yang telah disyariatkan oleh Allah SWT melalui al-Quran dan Hadis; bukan sebahagian sahaja, tetapi seluruhnya. Itulah hakikat sebenarnya dari usaha untuk menundukkan hawa nafsu. Apabila kita telah mampu menundukkan hawa nafsu sebagai hasil dari puasa kita, kita akan menjadi (insyaAllah) manusia yang benar-benar bertakwa, sebagaimana firman Allah:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. [TMQ Al-Baqarah (2) 183]

Ramadhan Bulan Utama

Memang benar, bulan Ramadhan adalah bulan yang setiap detik, minit, jam, dan hari-harinya penuh dengan keutamaan. Keutamaan-keutamaan tersebut antara lain :

Pertama: Ramadhan membentuk peribadi Mukmin yang taat secara total kepada Allah SWT dan Rasulullah saw. dalam seluruh perkara yang diperintahkan ataupun yang dilarang-Nya. Tidak ada keraguan di dalam hatinya untuk menjalankan Islam secara kâffah (menyeluruh), baik dalam hal akidah maupun hukum-hukum yang lain seperti: hukum ibadah, makanan, minuman, pakaian, sosial, politik, ekonomi, budaya, pemerintahan, dan sebagainya. Mereka siap untuk mengikuti wahyu Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. dengan ikhlas dan tawakal.

Kedua: Di aspek lain, pada bulan Ramadhan, Allah SWT menurunkan wahyu berupa al-Quran untuk yang pertama kali. Wahyu inilah yang merupakan sumber hukum untuk dijadikan pemimpin dan panduan kehidupan. Dengan tegas, Allah SWT berfirman:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk (hudan) bagi manusia, penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeda (furqân) (antara haq dan batil). [TMQ al-Baqarah (2): 185]

Ayat ini menjelaskan, bahwa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk bagi umat manusia yang mengimaninya; dalil yang jelas dan tegas bagi mereka yang memahaminya, yang terlepas dari kebatilan dan kesesatan; juga merupakan pembeza antara yang haq dan batil, halal dan haram (Lihat: Tafsîr al-Qur’ân al-‘Azhîm, I/269).

Al-Quran bukan kumpulan pengetahuan semata, tetapi juga petunjuk bagi manusia. Al-Quran tidak hanya sekadar dibaca dan dihafalkan saja, melainkan wajib difahami dan diamalkan isinya dalam kehidupan seharian. Nabi saw. dalam berbagai hadisnya menegaskan, bahwa sesiapapun yang berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah tidak akan tersesat selama-lamanya. Allah SWT berfirman:

وَمَا ءَاتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا

Apa saja yang diperintahkan oleh Rasul, ambillah; apa saja yang dilarang olehnya, tinggalkanlah! [TMQ al-Hasyr (59): 7]

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap perintah yang terdapat dalam al-Quran, adalah mutlak harus dilaksanakan, dan setiap larangannya harus ditinggalkan, baik terasa berat maupun terasa ringan. Yang tertanam dalam hati dan fikiran adalah, “Kami mendengar dan kami patuhi!” Alangkah ruginya orang yang memahami al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Demikian juga bagi orang yang sentiasa menyerukan Islam namun tidak menjalankannya. Apalagi bagi orang yang menjadikan al-Quran sebagai ‘barang dagangan’, suka memutarbelit pemahaman di dalamnya, bahkan mengatakan al-Quran penuh dengan mitos dan buatan Muhammad. Sungguh, orang tersebut bukan hanya orang yang rugi, namun juga dilaknat oleh Allah. Jadi, pada bulan Ramadhan, Allah SWT bukan sekadar memerintahkan kita berpuasa supaya kita bertakwa, tetapi juga menurunkan al-Quran sebagai sumber aturan untuk mencapai ketakwaan .

Ketiga: Allah sungguh Maha Adil, Maha Bijaksana, dan Maha Pengasih, dan Maha Penyayang. Dalam bulan Ramadhan pintu keampunan dibuka oleh Allah seluas-luasnya, syaitan-syaitan dibelenggu agar tidak dapat menggoda manusia untuk berbuat mungkar, pintu-pintu syurga dibuka seluasr-luasnya, dan berbagai kenikmatan Allah dicurahkan. Dalam bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Itulah malam Lailatul Qadar. Pada malam tersebut untuk pertama kalinya diturunkan al-Quran kepada Rasulullah saw. sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia; bukan hanya bagi kaum Muslim saja, tetapi juga berlaku bagi umat selain Islam. Itulah tanda rahmatan lil ‘alamin-nya Islam.

Wahai kaum Muslimin! Bulan Ramadhan adalah bulan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sudahkah kita mentaati Allah SWT secara kaffah? Ataukah kita masih tetap membiarkan hidup kita diatur oleh hukum- hukum dari aqal dan hawa nafsu kita? Adakah Ramadhan hanya merupakan tempoh menahan lapar dan haus belaka? Wallâhu a‘lam bi ash-shawâb.


Assalamualaikum


Credit By: LINK

ADE VIRUS KAT FACEBOOK???? O.O

Selamat Pagi!! Sekarang jam menunjukkan pukul 12.20 a.m

Aku dengan tidak mengantuknye ingin menulis 1 post untuk korunk...bosan la..esok sekolah tapi still tido lambat...hehehe bagus kan? HAHAHA
Ok...post ni hanya nak memberi AMARAN jer,
Ini hanya berlaku di FACEBOOK jer..Macam mane nak tahu itu VIRUS? Ni cek nak habaq ni

CARA-CARA MENGESAN KEDATANGAN VIRUS DI FACEBOOK

  1. Virus tersebut tersebar melalui IM iaitu dimana dia bermula dengan chat. Jika anda dapat messege begini "hi,how are you?"
  2. Kemudian anda pergi reply pada chat tersebut,dia akan hantar yang ni pulak "wanna laugh?"
  3. Kalau anda pergi reply jugak, dia akan hantar macam ini "it is you on the video?)) want to see?)"
  4. Then,dia akan menghantar 1 LINK & link itu ialah VIRUS
Sekian~



Fixie Bike?!?!?! :O

Anyonghaseyo!

Ok...sekarang ni aku nampak ramai dak pakai FIXIE BIKE pergi skolah or mane2 arrhhh...tapi aku selalu nampak dak2 naek gi skolah n gi maen2 je...eh2 korunk tahu x FIXIE BIKE 2 ape? Kepada sape2 yang dah thu....wat2 x taw....sape2 yg x taw....ni aku nak tunjuk ni....tgok gambar BAWAH ni... :)






hah!! nampak x basikal2 atas 2??? 2 la namenye FIXIE BIKE. Tapi aku still x faham...nape ramai sangat suke pkai basikal nih...selain nak BERLAGAK or anything la (jngn kecil hati) hmmphh..... tpi aku ngaku...basikal ni memang cantik pown...hehehe...hurmmphh....smpai skarang aku still cari2 kenape ramai sangat suke pkai basikal gini....aku x minat pon...huhuhu...

k la...2 je aku nak kongsikan arini...sekian trimas~

Nak Ke Tak? Confuse Nyewww!!!

Ok..Assalamualikum~
Saya Faizzatul Shafika Bt Noor Azmin ingin meluahkan perasaan sekali lagi kat blog ini =="
Ade seorang makhluk Allah nih....dye *************************** tapi aku x thu nak ke x *********** aku just nak jage hati dye je...aduhhhhh confuse nyerr!!! Mcm baby kat BAWAH ni


maybe aku terok lagi kot dari baby tuh...ape patut aku buat skarang!!! NAK KE TAK HAH?!!!!
Sape2 yang pakar tentang membuat pilihan...tolong aku ! :'(
Aku dah x thu nak wat pe skarang.! wuuwuuu :'(
What Should I Do Know!!
K la tuh  je aku nak githu...sesape tolong aku please~

Assalamualaikum~

Aktiviti Perkhemahan Tahunan (First Camp!!)

Assalamualaikum...

Hei! Hei! Hei!



Wazzup Korunk! SORRY sebab lame x update.....update ni pon sebab ramai yang suh...(mcm x ikhlas je) so update je la......kali ni aku nak cite pasal aku kemah kat skola ^-^
.
.
.
.
pada 7-9 July 2011
SMK Rantau Petronas telah mengadakan Aktiviti Perkhemahan Tahunan


huhuhu...aku kan form 1....so inilah tahun pertama aku merasa sebuah perkhemahan...actually
2 kali...tpi yg pertame tu...mse jah 5,hohoho tapi x best pon mse jah 5 tuh
tahun ni best skali...ye la...first camp kat skola menengah kan...huhuhu

kem tu ari khamis...so mase hari khamis tuh...aku n 1 kelas x belajar pon pagi tuh...
teros bawak beg baju...petang tu baru start
tapi aku,afiqa,elly,damia,nadzirah,kak syara n pinky berlatih drama untuk apreasisi seni! ^0^

ni lah watak2 kiteorg :-

Afiqa - Puteri Yang x berape kejam :P
Aku - Perbantu Puteri Jahat je (Afiqa)
Pinky - Manusia dari Dunia Real
Kak Syara - Orang petama jumpe Pinky
Damia&Nadzirah - Pari2 Biase
Elly - Pari2 Dak kecik yang Melucukan 

kiteorg berlatih petang tuh...Alhamdulillah ..oke la jugak
props pon kiteorg wat..huhuhu...bertanding malam Jumaat tuh,...perrggghh!!
Petang tu, Unit2 laen sebok wat Pintu Gerbang
Tema "Dunia Fantasi"
huhuhuhuuhuhuhu........
Pandu Puteri - Ala-Ala Princess
KRS - Ala-Ala Wonderland
Puteri Islam - Dunno
PBSM - Dunno
Bomba - Castle
Polis - Jack & The Bean Stalk 
Pengakap - Keluar dari tema~

Best...!
Lepas siap wat pintu gerbang...tiba masenye membina kemah...aku sekemah ngan elly & nadzirah


Esok tuh...ade pertandingan memasak,Permainan rakyat,Explorace, n Kawad kaki..
Malam tuh ade Apreasiasi seni...Debar gilew wehhhhhhh!!!!!
Mane x nyer....penonton lebih 200 orang....ketar gilew kaki!
Atas stage pon banyak lupe skrip...Owosssss!!! Memang  sah kalah arr....Pengakap & Bomba & Polis
Terbaek gile!!!!!!!

Lusa tuh...hari terakhir...sedih gile :'(
lagi sedih untuk budak2 senior (form5) sebab ni tahun last dorunk kemah...huhuhu

Hmmmphh...lusa tuh aku kene denda...sebab lewat...malu syial,,,aku lewat pon sebab teman kawan  gi tandas...
adesss~ malu gile...dah la sebelah pengakap kne beratur...pastu cikgu suh kutip sampah! Allah!!! Malang gile naseb time tuh!!! Ape2 pon itu kenangan paling best tahun nih...hak2!

Ape yang best lgi...time sape nth umumkan pemenang setiap AKTIVITI  wahhh!! alangkah terkejutnye apabila dia mengumumkan Pandu Puteri menang APREASIASI SENI!
Ape yang lagi terkejut!! Pandu Puteri Juare Kesuluruhan!!!!
huuhuhu!! seronok gilew aku!!!!
k la k la...penat dah type nihh...k laaa bye2

p/s: Sorry Kalau Ade salah ejaan :)